Minat terhadap Muzik Amy_Ukays

Azmi Hassan atau Amy mula menunjukkan minat di dalam seni muzik ketika darjah 3 apabila beliau menglibatkan aktviti sekolah seperti bersyair, bersajak, dan berpantun di sekolah. Alat muzik pertama yang dimainkan adalah rekorder. Pada umur 12 tahun beliau mula menunjukkan minat bermain gitar terutama semasa bersama rakan-rakan beliau. Beliau juga akan ponteng sekolah dan bermain gitar di dalam ladang kelapa sawit milik keluarganya. Tambahan pula ketika itu, beliau dihadiahkan gitar oleh seorang penduduk Indonesia yang menetap di Malaysia, maka makin membuak-buak minat beliau bermain alat muzik tersebut. Namun begitu, minat beliau itu tidak disenangi olah kedua ibu bapanya yang ingin beliau menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akibatnya beliau berkali-kali dirotan dan dimarahi ibunya. Bukan itu sahaja, sebarang alat muzik yang dimilikki beliau akan dimusnahkan dan dibakar.

Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang cerdik dan berjaya lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau juga dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau terkejut dengan pencapaian beliau namun beliau tidak gembira kerana layak ke tingkatan 4. Akhirnya beliau pun berhenti dari sekolah. Selepas itu, beliau menubuhkan beberapa buah kumpulan di kampung bersama rakan-rakan. Di mana mereka menjinakkan diri di kenduri-kenduri kahwin dan majlis rasmi.